Di suatu ketika, ibuku tidak ada duit untuk membeli makanan kami semua. Aku pernah terilhat dia meminjam wang dari jiran di hadapan rumahku. Jika aku tidak silap namanya makcik Zainab orang dari negeri Kelantan dan suaminya Ismail orang Penang. Aku juga teringat kisah yang lucu dan sedih iaitu peristiwa seekor ayam betina telah masuk ke rumah kami untuk bertelur. Kami semua duduk diam sambil mengintai ayam tersebut dengan harapan bolehlah telur itu nanti dibuat lauk. Sebak bila aku mengingati peristiwa itu. Akhirnya ayam itu keluar dari rumah kami setelah mengetahui yang kami sedang mengintainya.
Setelah berbulan-bulan akhirnya ayahku pulang dari Sarawak. Gembira rasanya bila ayahku telah pulang.
Aku teringat ibuku baru mengambil gaji bulanan (isteri askar mendapat gaji adalah gaji yang dipotong dari gaji suami) dan telah membeli mercun untuk kami bermain-main di hadapan rumah. Memandangkan kakakku yang sulong, yang ketika itu berumur 8 tahun dialah yang berani untuk membakar mercun tersebut. Kami cuma melihat sahaja. Setelah mercun itu dibakar, dengan cepat kakakku melemparkan mercun itu jauh-jauh. Tiba-tiba terdengar suatu jeritan. Rupa-rupanya mercun yang kakakku lontar mercun itu telah terkena seorang budak lelaki yang sebaya denganku. Aku dengar cerita ibu bapanya terpaksa membawanya ke klinik kerana mercun itu betul-betul terkena dekat .... (faham-faham sajelah).
Keesokan harinya ibu bapanya telah datang ke rumah kami. Ibuku cepat-cepat menyuruh kami keluar rumah dan pergi menyorokkan diri untuk tidak mengeruhkan keadaan. Ini adalah kerana ayah kami masih lagi bertugas di Sarawak.
Suatu peristiwa yang masih ku ingat ialah iaitu, di suatu petang ketika aku baru pulang dari sekolah (bayangkan umur aku pada waktu itu baru berusia tujuh tahun tetapi aku terpaksa berjalan kaki dari Sekolah Rendah Kampung Datuk Keramat ke rumahku di Kampung Bumiputera. Bukan seperti di masa kini ada bas sekolah, van dan sebagainya. Apabila sampai sahaja di rumah, aku terus meluru ke dapur untuk mencari air.

Tiba-tiba mataku terpandangkan sebiji botol di tepi dinding dapur yang mengandungi air yang begitu jernih. Tanpa berlengah lagi, aku terus meneguk air tersebut. Tiba-tiba aku rasa air yang ku minum seperti bau minyak tanah. Apabila ibuku terlihat aku sedang meminum air botol yang berisi minyak tanah ia terus mengambilnya dari tanganku. Tiba-tiba aku berasa seperti hendak muntah dan kepalaku berpusing ligat. Apabila aku tersedar, hari sudahpun larut malam. Aku tidak boleh bangun kerana kurasa dunia ini sedang berpusing dengan ligatnya.
Apabila aku terkenangkan peristiwa itu aku menjadi semakin mushkil kerana aku tidak pula di bawa ke klinik mungkin kerana ayahku masih di Sarawak dan ibuku pula tidak tahu untuk menguruskannya tetapi aku dibiarkan sehingga aku pulih dengan sendiri. Tetapi Allah Maha Pengasih kerana tidak ada apa-apa yang berlaku kepadaku...Akhirnya setelah sekian lama ayahku kembali. Kami amat gembira dengan kepulangannya kerana kami telah mempunyai ayah kami kembali.
Pada suatu petang, apabila aku balik dari sekolah, ku lihat ibuku menangis dan dia mengeluarkan pakaian ayahku dari almari baju dan mengumpulkan semua pakaian ayahku termasuk uniform askarnya dan dilonggokkan di tanah tempat pembuangan sampah. Dia mengambil minyak tanah dan dituangkan di atas longgokan pakaian ayahku. Tiba-tiba kelihatan api menjulang tinggi dan begitu marak dengan kuatnya sambil membakar pakaian ayahku. Kami adik beradik semua kehairanan di atas sikap ibuku yang agak keterlaluan. Jiran-jiran kami semua terpinga-pinga melihat ibuku membakar pakaian ayahku. Asap hitam berkepul-kepul naik ke angkasa. Rupa-rupanya ibuku telah mengetahui ayahku telah berkahwin lagi dengan seorang gadis dari negeri Sarawak yang berumur 17 tahun ketika itu. Dia berbangsa Bidayuh dan telah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Norlela binti Abdullah.