KELAB TARIAN DBP

Semasa aku di tingkatan 3, aku pernah melihat kawan-kawanku belajar tarian tradisional. Ramai yang menyertainya dan kelas itu diajar oleh seorang guru dari luar. Mereka belajar tarian tersebut di ruangan kantin kerana terlalu ramai yang ingin menyertainya. Aku hanya duduk sahaja sambil memerhatikan mereka. Aku begitu teringin untuk mengikuti kelas itu tetapi aku begitu malu dan rendah diri.