Thursday, February 9, 2012

Filem yang pertama tonton di panggung wayang

Semasa kecil aku amat meminati filem hindustan, walaupun ketika itu hanya hitam putih di kaca televisyen. Ketika itu aku baru berumur lebih kurang 11 -12 tahun, oang kata anak dara sunti. Setiap kali filem tersebut disiarkan di televisyen, aku pasti akan duduk mengadap cerita tersebut sehingga tamat filem tersebut. Ketika itu, hanya rumah aku sahaja yang ada televisyen menggunakan injin dan minyak petrol sahaja kerana kawasan perumahan rumah kami tidak mempunyak bekalan elektrik. Maka berkumpullah kami adik beradik, sepupu-sepupu dan jiran-jiran yang rapat duduk di depan televisyen untuk menonton filem hindustan.

Setiap kali aku menonton filem hindustan, sudah semestinya air mataku akan keluar bagai mutiara jatuh ke pipi kerana terlalu menghayati filem tersebut. Oleh itu, aku dipanggil oleh sepupuku sebagai artis Ning Yatimah, iaitu artis melayu zaman dahulu yang dikenali sebagai artis yang suka menangis di dalam filem melayu.

Semasa itu, pelakon yang paling aku suka ialah Rajesh Khana, Sunil Dutt, Dramendra. Artis perempuan pula aku suka Hema Malini, Aisya Parekh dan beberapa lagi yang aku lupa namanya.

Suatu hari, aku telah diajak oleh ibu saudaraku yang aku panggil Waa Zainab untuk menonton filem hindustan berjudul Booby. Anak Waa Zainab, bernama Asmah telah melihat filem Booby ini sudah hampir 15 kali kerana terlalu minat dengan aktor Rishi Kapoor pendatang baru yang ketika itu paling handsome dan paling muda. Sepupuku sanggup membeli majalah hindustan dan akan memotong gambar-gambar artis tersebut dan ditampalkan ke dalam buku khask untuk koleksinya...Begitu fanatik sekali. Bila aku kenangkan peristiwa itu lucu pula rasanya.

Mungkin ibu saudaraku berasa kasihan terhadapku yang tidak pernah menonton filem di panggung wayang, kerana ketika itu kami sekeluarga dalam kategori orang yang susah juga dan bapaku tidak pernah mengajar kami tentang perkara seumpama itu, kecuali menonton filem di televisyen.

Betapa sukanya hati aku, bila ayah aku pun telah bersetuju dan membenarkan ibu saudaraku membawaku ke panggung wayang. Hari yang dinanti telah pun tiba. Sampai sahaja di sana, aku lihat ramai orang yang sedang beratur membeli tiket dan ada yang sedang menunggu waktu untuk masuk ke dalam panggung wayang tersebut. Sedang aku berjalan-jalan memerhatikan gelagat orang ramai di situ, tiba-tiba sebelah kasutnya telah terputus. Apa lagi terpaksalah aku mengheret kasutku kemana saja aku pergi. Malunya aku ketika itu, walaupun umur aku ketika itu sekitar 11 tahun. Kalau budak zaman sekarang, mahu terus tak bergerak-gerak kerana tidak mahu orang tahu kasut sudah terkoyak atau terputus tali. Sehingga kini pun aku amat meminati filem hindustan, tetapi jika dibandingkan dengan filem zaman dahulu, rasanya aku lebih suka filem yang dahulu kerana filem hindustan sekarang terlalu seksi dan mengairahkan dan tidak sesuai ditonton oleh budak-budak kecil...

No comments:

Post a Comment